selamat datang bhs melayunye :)) .

Isnin, 12 Mac 2012

. The B E S T Memory !





. Assalamualaikum guys yg sudi bace post nana utk kali ini (: Nana ada satu cerita menarik yg nak dikongsi bersama ! Just for information, nana adalah slh seorang fan kpd Lisa Surihani . Guy’s kenal, right ? HOHO ! sapa yg takk knl dia kann, artis muda yg berjaya ! I’m proud of her yg suka tawa riang senyum-2 manja tuh ! Nana nk kongsi kngn perkahwinannya bersama Yusry Abd Halim means (Yusry KRU) . Majlis akad nikah yg dilangsungkan pd 23 Feb 2012 di Masjis Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat asar manakala majlis resepsinya perkahwinannya diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pd 26 Feb 2012 .

… Jom kita ikuti ceritanya …

Lisa Surihani akui jatuh cinta dan kenal hati budi Yusry KRU melalui BBM. Yusry juga berasa selesa berkawan dengan Lisa kerana dia seorang yang lemah lembut, peramah dan begitu mengambil berat mengenai dirinya. Dalam pada itu, Yusry berkata, sejak awal bertemu dengan Lisa dia sudah terpaut hati dan faktor itu telah menggerakkan dirinya untuk lebih mengenali lisa.

Menurut Lisa, mereka lebih banyak BBM mengenai kerjaya, filem dan sebagainya. Pasangan itu mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari selepas keluarga Yusry menghantar rombongan merisik kepada Lisa pada Jumaat malam.

. Meriah resepsi Yusry dan Lisa Surihani.

Bergemerlapan penuh cahaya lampu
menerangi seluruh kawasan PICC
bagai suatu pesta gilang gemilang
menyambut kehadiran kedua mempelai
merpati dua sejoli cantik berseri
menjadi lambang suatu cinta sejati
terlihat jelas wajah keriangan
tergambar kegembiraan di hati semua
walau melihat dari kejauhan cuma
namun segalanya cukup indah terasa
. Meriah resepsi Yusry dan Lisa Surihani.
menjadi sejarah kedua buat yusry
tetap menjadi perkahwinan terhebat
tetap sama hebatnya seperti dahulu
sewaktu kenangan di tepi tasik itu
biarlah sejarah lama berlalu pergi
lembaran baru terselak kini
semoga terus berkekalan hendaknya
rukun dan damai hingga akhirnya
insyaallah …

Bertemakan konsep ala ‘French Vintage’, yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra. Suasana dewan yg dihiasi dgn paduan bunga berwarna tampak sederhana ttpi cukup elegan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan